Coretan selepas

Monday, December 7, 2009 by zatix

Rasanya terlalu lama tak update blog sampai macam-macam perkara sudah terjadi pada diri ini, haha.

Wedding is over (Alhamdulillah) and I cannot believe I managed to get thru it despite kekusutan dan kekelambutan preparation yang sepatutnya dah diplan seawal pertunangan tapi end up menjadi last minute juga.


Bagaimanapun, whole pre wedding journey is such a memorable experience yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Funny bila dikenang-kenang, padahal masa alami tu rasa macam tak boleh nak kawin dah. Haha. Masa tu la asyik bergaduh, pantang silap suara mula naik, kalau tak gaduh sehari macam tak sah walaupun tak tau apa yang nak digaduhkan. Hari - hari beremail dengan ain yang juga pengantin baru dua hari lepas, mengadu sana sini tentang kekalutan, dugaan semua pun lebih kurang sama. Even though, I have learn before and keep reminding myself that nak keaarah kahwin tu mmg banyak sangat dugaan, tapi bila kene kat batang hidung sendiri, tak dapat nak bezakan ni dugaan ke ataupun memang diri masing-masing yang ada tak kena? huhu.jadi sesape nak kawen tu bersedia to stay strong and percaya "setiap dugaan itu sesungguhnya disertai kebaikan" (surah al-Insyirah).

Kak long cakap, wedding masing-masing ada dugaan sendiri, wedding saya pula selain dugaan masa bertunang, paling pening bila banyak benda tak siap dan pengantin macam org gila di hari pernikahan tak bersiap apa semua berlari turun naik tangga buat persiapan. Rumah sehari sebelum masih macam tongkang pecah. Tula semua bende berangan nak DIY (maklumala nak jimat) tula sebab terlalu banyak bende yang last minute. Bayangkan, pukul 6 petang rumah belum betul-betul bersedia apatah lagi bilik, lansung tak sentuh. Pengantin belum mandi dan terhegeh-hegeh kerat bunga, tiba-tiba orang dah ramai, terus lari naik atas dan menghias bilik secara asal boleh, lepastu mak suruh baring kalau tak ada possibility tumbang di majlis nikah. kalau diingat tu, the whole event tu macam lakonan, which bila director kate action, semua bende yang huru-hara tadi stop dan majlis pun bermula dengan kebanyakan perancangan tidak terlaksana. Huhu. Penat weeeeeeehhh...

Bila turun waktu nikah tu, siap stop kat tangga sambil ain dan chot settingkan selendang yang belum siap, hahahhaha. bongokla. Bila dan sampai bawah, tengok muka encik asrin dan kelihatan kami seri dua-dua tampak begitu keletihan. dia pun sama, malah lagi teruk, berulang-alik dari Taiping sampai ke malam nikah masih kehulu-kehilir, potong rambut pun tak sempat. Aku lihat sajalah pengantin lelaki yg comot sama la juge dengan pengantin perempuan yang ber eye bag. huhu.

Tapi alhamdulillah, usai akad, semuanya mula menjadi normal dan segala kecacatan dan kekalutan sebelum dilupakan begitu saja. In fact, saya rasa tak berada dalam situasi, bila tok imam bercakap-cakap, ada one time, die tanya, macam lost dan ketara tak beri attention, haishhh. Tapi betulla, lepas je akad tu apa pn tak kisah, majlis esok macam mana ke ape ke, janji bende jalan sudah.

Sedikit review tentang bende-bende wedding yang ditanyekan sesetengah kekawan yang bakal berkahwin kelak.

1- Kad separa cikai - design by of course asrin yang dr seawal perkenalan nak buat kad yang special bukan sebab ape pun, cume sebab dah katanya designer mestila nak kad yang citarasanya, akan tetapik due to budget constraint maka kad yang disebarkan kepada rakan-rakan tu la yang mampu dihasilkan. printing di kedai luar stesen bas kajang. ain kita je yang tau betapa menguji kesabarannya kedai ni dan tokei2nye kan. kad yang sampai ke tanganku dahla lambat, pastu tak digamnya pula disamping potongan yang lekeh dan asal boleh. Maka, ini la faktor utama kekalutan, mana lagi nak tulis nama kawan-kawan, gam lagi, gunting lagi, demet, sampai ada yang cakap kad sampai sehari selepas majlis. Tu belum kira lagi bila sampai tgk kad yang ada sesetengah dapat terbukak sampulnya akibat kami gam secara pantas. Huhu, Isk, isk, ampunkan ku.

2- Door gift reception - box tu asrin design jugak, dah buat template siap2, tinggal gam n gunting je, printing dekat kedai sama jugak, tapi nasib baik bende alah ni die buat tak de masalah. Sticker print dengan giant setengah, setengah dekat kawan kelas dulu Ainul Fara. Nak buat bende ni leceh gak, sebab due tiga phase, ni malam nikah baru setel semua.

3- Door gift nikah & vip - clay buatan khas dari Cu saya, DIY ok, terima kasih Cu.

4- Gubahan hantaran - ni pun satu berangan nak DIY tapi since banyak sangat bende nak DIY masa dah tak cukup (maklumla kerje coding berlambak-lambak) so terpaksa sub kepada orang, huhuhu, nama akak gubah ni Aida kawan kepada kak long kat shah alam. Yang bende ni malas nak pikir banyak outcomenya janji ada sudahla sebab too many things pun nak pikir.

5 - Bunga tangan nikah - specially made by NoorAin merangkap cik (eh dah Puan) pengapit. Bunga tanak kembang layu je dia. Thank you ain!!

6 - Photographer - dari awal dah tau, choice of photographer kami akan terdiri dari kawan-kawan asrin yang kebanyakannya adalah warga photographer. tapi among them, asrin pilih encik shaiful rizal yang begitu serius dan teramatlah pro (seboleh-boleh tanak ada bendasing yang mengacau dulu kalau nak amik gambar) memandangkan beliau adalah reuters punya photographer. penatt tapi takpa kami tau dia nak yg the best. asrin pilih dia among all sebab asrin sukakan kekemasan dan gambar yang lively sebab kalau nak artsy-fartsy asrin nak edit sendiri, plus asrin cakap gambarnya sharp. malam ni nak dapat cd biar saya nilaikan, heh heh.

5 - Catering nikah - jiran sebelah rumah dengan masakan kampungnya, terima kasih pakcik redzuan dan isteri =)

6- Hall - UPM banquet hall diuruskan oleh encik Ikmal, aritu masa before booking rate dia murah, sekali masa submit form dah new rate, tataula baloi ke tidak tapi takde choice dewan semua dah fully booked terpaksa la jugak teruskan.

7- Catering, hall decor, pelamin & bunga tangan (paling ramai yang tanya ni saya pun tak sempat rase, lauk pengantin tak dapat nak rasa apa pun kan dah kate tak berada dalam situasi) - Rass Catering yang pakejnya mmg sangat berpatutan, gamble je amik lepas survey2 online, kalau tak memang tak tau yang dekat KL ni still ada catering dengan harga rm8 perpax, pelamin tu actually nak buat tempat duduk2 simple je since bukan sanding pun, tapi Kak La from Rass cakap die pun tak ada pelamin dewan simple-simple, buat je cam biasa dengan harga pakej. Pakej dia ni untuk 1800 orang dengan harga yang lebih kurang sama dengan wedding kakak saya 4 thn dulu, kira memang ok la ek? kalau tak murah, konfim saya tak amik, sesungguhnya wedding saya hampir semua berbajet-bajet tapi masih ingin mengikut citarasa, makanya kami sedaya upaya cari yang murah dan ok! haha. Temanya sepatutnya black and white tetapi dah menjadi grey pink white sebab dewan katanya gelap dia tak boleh pakai hitam sangat. lagipun memang tanak pakai black banyak sangat, letak sikit-sikit tapi end-up memang takda lansung black.

8 - Baju bajan from nikah to bertandang (ni pun satu ramai tanya pemesla designernya) - semuanya hasil Natasha byebye Encik Salikin. puashati la kerana kawan sendiri yang buat maka dia sangat memahami kehendak jiwa raga seorang kawannya, haha, kan ain kan?

9 - Kasut nikah - amik dari Encik Sali lagi.

10 - Kasut kenduri - rembat kat sungai wang dengan mila beberapa hari sebelum majlis. Thank you mila!!!

11 - Makeup nikah & sanding - kak erin dari sentuhan derina, yang ini pun survey-survey online last minute. mula-mula nak amik kak hanim dr salikin gak, pastu chot cakap hargenye mahal terus survey-survey yg cheap, pastu jumpa kak erin, rupa-rupanya, harga kak hanim after ain nego pun sama saja ok? yang ni saya tatau cmne outcomenya sebab saya jenis tak reti tgk muka kt sendiri kalo kene mekap, saya kata mekap dah ckup tebal, kawan-kawan cakap tidak, so biarla org nilaikan. hehe.

12 - Live band - yang ni takde plan pun, ayah saya memang tanak music kali ni, katanya dah berusia dan dah jadi ahli masjid, so dah retire dari hiburan-hiburan ni, tapi kawan-kawannya desak gak nak main free, haha, gua pun terkejut gak tetibe ada penyanyi! tapi aku suka jela, kalau ikut kami berdua, asrin nak main gitar lagu dia buat tapi tak bolehla led tak kasi. ni semua kerana kedua-dua pengantin adalah pencinta muzik tapi muzik dia sorila mmg xleh diterima di kenduri kawen - lirik kesetanan dan pemujaan. black metal konon! *menjeling

So tu jela kot, apa-apa pun terima kasih dekat semua kawan-kawan yang hadir, mintak maaf atas segala kekurangan dan mintak maaf jugak pada kawan-kawan yang kad sampai bila, yang tak dapat kontek dan sebagainya. Big-big thanks kepada Ain dan Chot yang terlalu banyak membantu.

Sign off

oh lupa pada yang bertanya pasal kehidupan suami isteri, awal sangat kot bagi saya, tayah berangan nak kasi nasihat atau komen kat korang-korang lagi, chuih

Filed under having 2 comments