Curi tulang di hari raya keempat

Tuesday, September 22, 2009 by zatix

Salam aidilfitri,

I am all alone in this office! Maklum saja orang saving cuti!! Hohoh. Tapi takpela saya redha je beraya dua hari je pun sebab at least arini dapat rilek2 sket kt ofis. Maka hari ini akhirnya dapatlah saya mencoret barang sepatah dua kata di dalam blog yang tertinggal lama ini. * Jari sedikit tergeliat akibat kekok menaip di sini.(Saya juga dengan rasa riang dan bangganya memasang koleksi lagu-lagu kegemaran yang dirindui dengan sesuka hati)

Kepada kawan-kawan yang dah lama tak berhubung, apa kabarkah anda semua? Rindu-rinduan jadi kenang-kengangan * air mata mengalir. Masa sekarang ni semakin menyusut dan menyusut. Tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum acara bertukar status. Tapi saya macam tiada lansung masa untuk membuat persiapan dan mengespend hari-hari terakhir dengan aktiviti gumbira. Kerja terlalu menimbun dan datang satu demi satu. Is it me or is it IT atau ini ke namanya dugaan ketika bertunang?

Saya tidak mahu mengeluh atas segala ujian yang Tuhan berikan pada saya. Saya yakin setiap manusia pun pernah atau akan lalui dugaan sebegini rupa. Bentuknya je kot yang berbeza. Alhamdulillah setakat ni masih mampu bertahan. Tapi kalau boleh mintakla kawan-kawan semua doakan beban sedikit berkurangan agar sedikit masa yang tinggal ni bolehla saya gunakan untuk persiapan dan berhubung dengan rakan taulan. *Apehal ayat macam ni?

Mana satu nak mula pun dah konfius. Kepada yang berpengalaman sila beri tunjuk ajar. Saya kalut macam biasa!

Baiklah cukuplah berdrama, sorang pun kena buat kerja jugak, aiseh, selamat beraya! Maaf zahir batin!

Filed under having 6 comments