Sunday, September 21, 2008 by zatix

masa...pantas lah berlalu

Filed under having 1 comments  

Sesak

Monday, September 15, 2008 by zatix

Nampaknya yang diujakan di dalam entry-entry cik ni terpaksa saya lepaskan demi nenek tercinta. Dah ku agak minggu-minggu akhir ni pasti sesak menyusuan jadual berbuka.

Macam mana mau susun?

Kawan-kawan sekolah,Sharmila,kawan-kawan uniten yang sorang ni,kawan-kawan uniten yang sorang tu,ahli keluarga, encik 123, juga ke Jalan TAR beli belah bersama pembuat kek batik terbes ini.

Saya cuba pastinya..x sempat kita bawa ke tahun depan.

Filed under having 4 comments  

Ditemani Jimmy saban hari

Wednesday, September 10, 2008 by zatix

Haunted by memories
I wont let you be the next victim
KIsah ini mungkin terlalu lain dan kuat untuk dimusnahkan dan ia menjadi semakin kuat kini.
Rasa rendah diri itu memang selalu ada sedari kecil.
Maafkan saya. Mari bekerjasama.

Puasa kali ni aktiviti berbuka tak sesesak tahun-tahun yang lepas. Tapi dijangka minggu-minggu selepas ni akan mula diserang hendap dari pelbagai arah, huhu. Nasib baik masing-masing dah bekerja, jadi faham-faham la.

BTW, Jimmy Makan Dunia tak pernah membosankan walau hampir setiap hari dalam playlist.

Filed under having 0 comments  

Guli warna warni

Tuesday, September 9, 2008 by zatix

Apabila ada dua biji guli, yang satu menunjukkan warna sebenar yang satu tak sudah-sudah melompat, yang mana satu kau pilih? Oh aku tak ingin memilih pun

Filed under having 0 comments  

Kewujudan semula tag

Sunday, September 7, 2008 by zatix

Wujud lagi permainan tag ni rupenye..ditag oleh yang legend Badd.

* State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
* The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.

1. Pernah jatuh cinta dengan roberto d matteo. Siapa? Bila dia buat record jaringan terpantas untuk final FA cup, esoknya bergaduh dengan kakak sebab dia dah gunting dulu news dan gamba orang tu atas satu sebab je..dengki je tu, huhu.

2. Converse merah adalah kasut kesayangan sampai bila-bila yang dah dipakai beberapa tahun sampai pecah, refuse untuk tukar , las-las kene simpan jugak dalam lemari. Angan-angan nk simenkan buat arca, haha tapi tiba-tiba kedatangan seorang maid membawa amarah dan kekecewaan bila tiba-tiba kasut tu hilang, rupa-rupanya?kena buanggggg, sobs

3. Was-was dalam banyak perkara dan masih usaha mengatasinya.

4. Pernah satu semester je duduk jauh dari family tu pun tak jauh, UNITEN nye hostel je pun. Semuanya kerana rumahku syurgaku, atau lebih tepat bilikku syurgaku. Juga kerana my family, my life..huhu.

5. Kalau tengah tengok-tengok tv syok2 bes mana pun cite tu tapi kalo bilik memanggil, saya akan lari dan duduk di dalam bilik.

6. Pernah mengalami insomnia dan akhirnya sekarang dah jadi orang yang mudah mengantuk biarpun baru awal malam.

7. Lambat berkawan tapi sekarang list kawan macam dah tak leh handle, huhu.

8. Macam mana telinga ni boleh dengar macam-macam jenis lagu, camtu juga diri ini leh je kawan dengan orang macam mana pun, kasi yang alim , yang bersosial, yang kasar, yang lemah lembut atau yang camne-camne, saya x kisah, rapat tak rapat tu cerita lain.

9. http://downtroddenspace.blogspot.com/2008/01/no-title.html

10. Suka duduk belakang kalau naik kereta, atas sebab-sebab tertentu.

11. Tidak boleh berjalan dengan straight, huhu.

12. Sangat susah nak cakap "NO"...bantu saya.

13. Sangat cerewet dalam membeli kasut walaupun hasilnya x cantik mana tapi biar sedikit lain, selesa dan pakai lama. Kasut tu adalah yang betul-betul kasut bukan heels atau sandle sebab yang tu boleh je main beli sebab nak pakai untuk urusan-urusan tertentu saja sebelum dibiarkan tanpa perhatian.

14. Pernah memakai nick shy_hair, sepulGIRLtura dan banyak lagi yang aneh-aneh. Poyo nya. Haha...dah bocor rahsia.

15. Fail bab kiri kanan.

Fuh selesai

tag semua orang di link ini, terutama yang tak pernah buat seperti Bangah, Kakek Awe, Mehni dan sesiapa yang belum kena tag seperti ustat, tash, senandung, donieku pulang dari german dan sesiapalah yang bertanggungjawab.

Filed under having 2 comments  

Dudududu..

Wednesday, September 3, 2008 by zatix

Dudududu..i can recall the sound and smile all the way.

Fasting berjalan lancar setakat ini walaupun mata terpisat sekali sekala. Sampai satu masa dalam hidup anda, anda sedar yang anda sudah cukup matang untuk berganjak dari Ramadhan yang lalu ke Ramadhan yang kini.

Aku ini orangnya sudah biasa tak ambil peduli sejak peristiwa tingkatan 4. Selalu aku ingin terbang bebas membikin hal tak tentu arah tanpa perlu tersendeng. Bilik itu setelah hampir berbelas tahun adalah tempat terindah untuk aku perapkan diri apabila rasa mahu sendiri kerana bersendiri itu adalah karya diri yang indah pada aku. Kemudian kita dream saja dan tak payah care apa-apa pun. Bukan, bukan melayan perasaan. Ya, aku lah tipikal ikan yang careless itu. Aku jugalah yang lebih senang bermajmuk. Aku juga tak terkecuali dari rasa bimbang dan takut pada yang merepek. Berbuih diingatkan tentang hak, tapi masih begini aku.

Saja rasa ingin menulis di awal pagi apa pun isinya aku pun tak pasti.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Filed under having 1 comments