Masa berlalu tanpaku menyedari..hu

Tuesday, August 26, 2008 by zatix

Masa kerja sekarang rasa bukan macam 8.5 hours, tapi terasa macam 24 jam. Malas, letih, bosan serta kering. Kerja masih ada tapi kalutnya tak seberapa. Diri makin muflis, ijazah yang diambil terujanya kurang terasa. Boleh lagi duduk mencangkung sandar kat dinding kepenatan di tengah-tengah kelompok meraikan kejayaan. Photographer gigih ni memang tip-top, serius dia yang bersemangat. Terima kasih cik gefren kepada encik boifrennye.

Mak saya berkata, konvo dipmola lain, belajar degree lain, konvo degree pun lain, bunyi macam saya gadis pemain (apekah?), tapi nyatanya saya selalu menjadi penerima dan yang bersikap terlebih loyal dalam apa juga bentuk permainan, tapi saya jugalah yang akan bertindak menjadi penamat permainan dalam setiap yang bergelar game itu. Kenapa dan mengapa? Saya ada jawapannya untuk saya jadikan kenangan. Tapi yang ini saya akan jaga kerana yang ini tidak seperti yang lalu tapi kita mana tahu? Apa pun kesungguhan yang ini saya hargai. Kata yang ini "selama hidup saya mencari permata, selama hidupnya pula mencari yang tepat". Rasanya sungguh, sangat lain.

Kawan-kawan yang mungkin itulah kali terakhir kita bertemu, selamat maju jaya, suka duka zaman belajar saya kenang smpai bila-bila walaupun semester-semester terakhir sangat dull sebab kita dah sangat senior untuk terus berada di sana. Betul, memang awak-awak semua selalu bersikap pasif, perengus dan selalu slow dalam berbuat apa-apa, tapi frenship kita sangat saya value. Kalau mahu tengok mulut bertih saya di kelompok beginilah.

Pada saya adaptable tu bukan hipokrit..benar! Lantas itu anda boleh lihat variasi orang sekeliling saya. Split personality itu biasa-biasa saja.

Untuk bakal mama yang comel, saya ucapkan tahniah dan harap-harap semua lanacar saja. Hepi untuk kamu. Hee.

Sempena menghampiri ramadhan, saya pohon ampun pada semua. Selamat menjalani ibadah berpuasa.

Filed under having 6 comments  

Pertembungan dua budaya besar

Wednesday, August 20, 2008 by zatix

Apabila dua budaya bertembung, berlanggar dengan dentuman sekuat bom nuklear, kesannya jarang sekali dapat diatasi oleh tenaga normal. Cubaan untuk menidakkan, melawan dengan sehabis mungkin sekalipun tidak mustahil akan berakhir dengan kekecewaan. Peluh yang menitik-nitik seperti tidak langsung berbaloi. Hanya keluhan besar saja yang meledak diiringi esak tangis yang berselang-seli dengan jeritan amarah.

Kesanggupan manusia untuk lari dari arus harian, sebenarnya bertitik tolak dari keberanian. Antara manusia tahu dan tidak tahu tidak jauh bezanya kalau dianalisa dengan teliti. Tahu bercakap, tahu mengkritik, tahu mengomel, tahu memerli, tahu mencanang, apa impaknya yang sebenar?

Di sini ada perkaitan antara masalah individu dengan masalah politikal yang kronik.

Rasa takut, sindrom yang memakan diri, ngeri pada ancaman duniawi, kehilangan rasa bebas walau untuk diri sendiri , salah siapa?

Bagaimana dengan beribu-ribu kes laporan jenayah yang memualkan? Cari akarnya, kenapa? Kenapa tutupkan mulut yang seharusnya tersenyum selalu dengan sumbatan kain buruk yang akhirnya melahirkan pemberontakan. Apabila kesamarataan diletakkan di buku lali, yang celik jadi buta, yang damai jadi runsing, yang indah jadi kelam.

Kenapa tidak tanya, apa erti di sebalik semua ini? Salahkan mengubah posisi jika ianya umpama menjernihkan air yang keruh?

Apa yang digentarkan dengan kuku besi?

Filed under having 1 comments  
by zatix

Sesuatu yang anda takut itu biasanya akan berulang sekali lagi dan anda akan hanya mampu berdiam dan menipu diri sendiri.

Filed under having 0 comments  

Old flame?

Tuesday, August 19, 2008 by zatix

Kawan saya berkata itu adelah old flame tapi tiada sebarang kisah lama untuk diingati. Kepada yg berambut panjang yang mungkin sedang membaca, saya tak akan bersikap awkward pun, saya cuma harap kamu hargai apa yang ada dan tak usah terbawa-bawa dengan angan-angan. Kita kawan lama dan dah seperti adik-adik,kakak-kakak juga abang-abang.

Filed under having 0 comments  

Repost:Tiada rasa penghubung (untuk seorang sahabat)

Wednesday, August 6, 2008 by zatix

Ada satu koneksi yang mengubungkan antara seorang dengan seorang. Koneksi yang apabila ada satu hentakan, ia bergoyang sekejap tapi tidak boleh putus terus. Rasa hubung kait itu pentingkah? Tiada rasa penghubung, perlukah diambil kira? Ianya bukan bermula dari anak mata, tapi sama sekali berbeda. Sama sekali berbeda. Kerana itu, apabila ada pertembungan pandangan, ianya tidak melahirkan rasa megikal.

Penafian dan kepura-puraan tidak boleh selalu berterusan. Hatta, jiwa yang keras pun mampu bertukar menjadi sutera.

Rasa indah bukanlah persoalannya. Pokoknya, kenapa perlu tercari-cari? Nyatakan pada diri individu, mengapa begitu jadinya? Tak perlu terkabur dengan kecantikan. Ianya cuma selaput kotor semata.

Filed under having 2 comments  

Repost: Beautiful yet painful

by zatix

It's the weird annoying feeling that kill urself after u lock urself in ur own world. And then u know how hard u need to pretend like u feel nuthing yet u know u hav sumthing, real sumthing inside. The pressure u put on urself, blame it to ur mouth. Please mind urself that this is the reality u need to face, don't step on the yellow line becoz u will get nothing, I mean it, yes, u won't get anything. So, u just stay with ur mouth shut and then begin calculating all the nonsense probablity, expecting there will be some very good returns. U know that it is miserable to let it go not even a day, yet u know u cannot catch it. So, this is the very right time u thought u could play some trick and being selfish, but then u cannot really feel it. It's different, it's not normal, so tell urself to forget, but ur mind say no. That is how it works. Really! The theory u created without even thinking the consequences u might have to deal with. Now u remember all the smiles and the cheeky laughs u used to hear and then u could feel the real pain in a beautiful way. It is beautiful. It really is. U can taste it.

Filed under having 1 comments