Ofis

Friday, January 4, 2008 by zatix

Dah sebulan lebih aku keje kat cyber ni, company graphic or ads or ape aku pun tak tau nak explain sbb yg pasti aku tak sentuh benda grafik pun, aku just menempel buat web godek-godek coding sampai muntah (benda yg paling aku benci). Tempat ni sangat aneh penuh dengan segala jenis manusia yg aku belum reti nak adaptasi diri aku dengan mereka. Lagipun aku memang lambat bab berkawan, nak pecahkan segala tempurung yg melindungi aku ni memang tersangatla payah. My communication skills pun dah makin merudum secara drastik sampai aku rasa aku dah tak reti nak buat kawan baru.

Kat sini semua muda-muda. Tak macam hicom dulu semua ala-ala professional bergaya aku amik masa 3 months untuk bercakap dan makan-makan bersama budak-budak ofis. Sebulan terakhir baru boleh ngam ngan tiga org tak siuman, hadzrin, redzal n fadzil n erwan jugak. I thot kt sini aku leh fit in cepat sebab semua pun macam kawan-kawan aku kt luar sana jugak tho ade yg terlalu out of the box but who cares pasal mereka??Tapi still being me, bila nak bersuara tu macam ade bende yg menyekat aku. Lagi-lagi teammate depan aku ni pun macam sangat pendiam. Aku jadi kejung buat coding kat opis tak dapat berbual. Ada kala rasa emosi jd tak menentu rasa nak menangis...hahaha. So muzik jela jadi peneman setia. Nak minta lagu-lagu dr budak opis pun macam tak akan except for milla, so aku pun cari balik stuff-stuff lama, dolod and burn bawak ke opis. At least....walaupun tak banyak mana yg berjaya didolod plus slalunya ingatan akan stuck bila dah dok depan p2p nak fikir lagu apa nk didolod. Oh meni2..di kala ini aku perlukanmu. Tapi mujur kat opis ada assistant teamlead pasang lagu kuat2 which some of her collections r my old time fave too...still dgr org punya lagu tak sama dgn kita sndiri melayan sorang2...ye tak?

Walaupun baru sebulan kt sini, macam2 drama aku dah nampak. Lagi-lagi semua ala-ala sebaya, ramai pulak tu tak macam company grafik lain. Aku belum ingat pun nama semua org, semua staff dia campak kat satu level, jenuh hari-hari nak hafal muka2 baru padahal yg sebenarnya bukan baru pun, aku la yg paling baru, tp aku rasa macam baru sbb aku tak cam muka mereka hari-hari sebelumnya. Gaduh bergaduh, keji mengeji, kepura-puraan, standard la...ofis politic sucks big time. Aku tanak campur, belum masa aku nk kena kot sbb xde sape pn sedar akan kewujudan aku pun nk kenakan aku...tapi prepare jela untuk hari-hari yg akan dtg.

Aku lupa nk cerita pasal mila. Aku lucky jumpa dia kt opis ni masa 1st day diintroduce oleh seorang kakak yg leh tahan kontroversi. Terkejut plus lega nampak mila actually keje kat opis ni as QA. Mila ni kawan lama aku, since lepas SPM, kawan zaman IRC kajangtown (heh), kami keep in touch tho berapa kali je berbual pun masa berkawan. In fact masa kt hicom dulu pun aku ade YM ngan dia mengadu dan aku tatau pulak dia act kat company yg aku ada sekarang ni. So Mila yg buatkan aku ade kawan berlunch sbb kalo takde dia aku mungkin kurus tak makan lah jawabnya. Kami pi kerja balik kerja pun skali aku bawak dia dah alang-alang balik kan. Segala gosip aku dengar dari dia la. Tho lama x jumpa aku clique instantly dengan dia wpun asyik gaduh jerit-jerit dalam kete. Standard la sapa tak suka hot ngan aku. Walaupun tak suka kene marah slalu tapi aku dah biasa. Banyak benda yang boleh dishare dengan mila ni. Orang pun selesa berkawan dengan dia altho dia suka bahan aku tahap gila punya dengan rakan-rakan sekutu dia iaitu rerakan ofis yang agak sempoi berbual mengingatkan aku pada rakan-rakan universiti.

Bila macam ni, tengok org berkawan sesama sendiri ( dan aku pulak nampak budak nerd berspek tebal takde sapa nak kawan) aku betul-betul rindu ngan kawan-kawan tak siuman aku dr berbagai cabang. Geng jujur, geng empire atau geng muzik, geng uniten, geng kajang, geng abim...ah semuanyalah. At least budak-budak jujur dan uniten ade jugak jumpa wpun setakat ain, chot, yani n jeni je. Ain pun sad-sad kawan-kawan semakin menjauh (atau kami je yg tak puas-puas nak hidup berkawan semua org dah sibuk ngan life masing2???)...entah...lagi-lagi ada seorang budak ofis merangkap teammate duduk selang setempat dengan aku, aku tgk dia buat aku ingat kat CD atau nama baru bersama geng barunya AFRO. CD antara besfren aku yg paling x siuman, sekarang dah jauh sgt sbb dia busy dengan girlfriend kan ain + geng2 skatanix segala. Teammate aku ni perangai macam dia wpun aku x kenal sgt tapi dr segi percakapan dan gaya memang macamla CD. Aku balik aku sms CD cakap tiba2 aku rindu kat dia, dan-dan dia tanya budak-budak tak lepak ke...sudahla CD...hahahaha..amai pun dah berjangkit perangai bercinte sakan, tiba-tiba dah diam...kita je cool kan ain??huh

Kawan-kawan empire apatah lg, mmg payah sgtla nk berjumpa, lagilagi dengan konflik segala yg xtau hujung pangkalnya. Aku sebenarnya tak suka nak masuk campur sangat-sangat sbb aku mudah kasihan jadi aku susah nak duduk dalam posisi mana-mana...alih-alih nanti aku yg salah sebab menjadi seorang yg agak bendul aku sering tersilap percakapan. Haih....

Eh kenapa nak bercerita pasal kawan dlm post ofis? Asal tulis blog mesti tak lari dr cakap pasal kawan-kawan...eh tapi aku nk cakap jugak pasal antara salah satu kawan baik atau kawan rapat atau apa-apa la, yg pastinya dia ada spot dlm life aku dan aku agak sedih sbb dah hilang diri dia, i mean dia bukan lagi org yg aku kenal dulu, aku tatau sebb apa but mungkin duit adalah segala-galanya pada dia. Ada dua sebab aku kecewa dengan dia, satu dia buat kawan kesayangan aku macam sampah...kedua, dia, orang yg berkongsi segala prinsip dan pendapat dengan aku dah totally hilang semua tu. Sedih sangat...tp aku just doa dia back to reality and lead life yg ok. Entah...

Aku dalam state temper, kesian si bodoh alang, asyik kene marah...emmm...malas pulak nk smbung...nantila pulak, tu pun kalau ada cerita

Filed under having 5 comments