Try sat

Wednesday, November 7, 2007 by zatix

Nampaknya, dah berasa sedikit janggal untuk berbual di sini. Dah lame tak bercakap secara serius dan sedikit bermakna atau bercerita melalui penulisan. Tapi sekarang dah tak belajar, kerje apatah lagi, plan pun belum ada, memang amat pemalas!!

Hmm, tempoh hari, aku bertemu Aliya di majlis tahlil arwah adik sepupu aku, Anissa Kamila (alfatihah). Aliya menyatakan beliau sedikit tersentap kerana kami2 (rerakan empirean) tak menunggu hingga kesudahan majlis perkahwinannya beberapa bulan lepas. Jelasnya dia tak perasan pun kami dtg sampaila dia baca kat guestbook nama-nama ganjil seperti art, wan, maini, nona dan zati. Aku bertanya akan kebenaran perkara-perkara tertentu padanya untuk kepastian. Nampaknya bila dengar cerita dia, macam ada sedikit salah faham antara semuanya. Aku pun tak boleh nak komen banyak2, nanti dah tersilap.

Minggu ni aku banyak bersia-sia dengan si genit yda. Aku nak teman dia dan menghiburkan hati dia walaupun aku tak pandai berlagak kelakar.

Ah!! Nampaknya aku tak boleh menulis! Ai, takpela, lain kali aku cuba lagi.

Filed under having 1 comments